Utama & Okay Amy_Ukays


Utama

Pada tahun 1998, Ambang Klasik menubuhkan sebuah kumpulan UTAMA yang dianggotai oleh anggota lama Uk's iaitu Amy, Amirul dan Daniel bersama Rahmad bekas vokalis Mega. Amy tidak bersetuju dengan penubuhan kumpulan tersebut. Namun, Amy tetap meneruskan juga. Album mereka bertajuk UTAMA. Walau bagaimanapun, kumpulan tersebut tidak mendapat sambutan mengalakkan dan album hanya terjual 15,000 unit sahaja. Tidak lama selepas itu, Amy membuat keputusan untuk meninggalkan Utama dan meneruskan kerjaya sebagai komposer.

  • Kumpulan Utama di bawah Ambang Klasik

Okay

Di atas desakkan peminat Amy telah menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu OKAY dibawah naungan syarikat pertama milik beliau iaitu OKAY Production. Album Okay merupakan album pertama yang dicipta dan diterbitkan oleh Amy sepenuhnya. Okay dianggotai oleh Aren (vokalis), Amy(gitar utama, penerbit album dan komposer.), Raja Azren (dram), Hamdan (bass), Syukri (gitar kedua). Pada penghujung tahun 1998, maka terhasillah album Rezeki dengan lagu hits Kurelakan dikau pergi, Nazaliza, Gelora dan lumrah Percintaan. Album tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan. Lagu Kurelakan dikau pergi menjadi juara selama 4 minggu di Carta RTM Terengganu. Amy mendapat pujian yang dari para peminat dan wartawan di atas usaha beliau. Beliau amat gembira di atas kejayaan tersebut. Tetapi tidak lama kemudian apabila Okay sudah mula menempa nama di persada seni, vokalis utamanya pula mengundurkan diri. Amy redha dan akur.

Amy menghilangkan diri dari dunia rakaman album dan pulang ke kampung halaman di Parit Sulong, Johor pada tahun 1999. Berikutan kegawatan eknonomi yang melanda.